Friday 13 July 2012

Parting is such sweet sorrow

Monday, 9th july 2012, I closed a chapter of my life titled PASUM.

In the space of a little over a month, I've learnt many many things (like how hand-washed clothes look cleaner than machine-washed, atau kah cuma aku yang perasan?), made new discoveries (for example, I discovered the existence of Maggi cup Tom Yam yang ja~uh lebih sedap berbanding perisa Kari) and maybe, I left PASUM a slightly more mature, slightly better person than before. Insyaallah, the things I've learnt there I shall bring with me to Kolej MARA Kuala Nerang and Insyaallah diri ini akan bertambah matang, dewasa dan independent setelah setahun hidup berjauhan daripada keluarga.

Antara perkara di PASUM yang pasti akan dirindui ialah aiskrim seringgit yang ada rasa aiskrim McDonald's, benjo + cheese kegemaran di gerai burger yang memang selalu sangat dikunjungi, tau foo fah, vending machine dengan air tin berharga cuma RM1, Encik Ismail dengan nasihat-nasihatnya yang berbentuk sindiran, bilik mandi 'air terjun' sebab shower cap tiada dan tidak dilupakan roommateku, dua pupuku, Aliah.

Sedikit introduction: Aliah, dua pupuku, berkaca mata, ceria, sentiasa tersenyum, sentiasa kepanasan, sentiasa meng-check kipas "betul ke kipas ni nombor 5?", bila buat kerja dia akan buat bersungguh-sungguh hingga ke lewat malam/awal pagi, bila merehatkan minda dia akan ketawa seorang diri sampai terguling-guling atas katil "oh my goodness!". Roommate yang sangat best. Suka tiru tengok kerja dia yang dia tiru tengok daripada groupmate dia.

Aliah, minta maaf sebab pergi dan terima kasih sebab merelakan pemergian kita. Terima kasih sebab selalu gerakkan kita bila kita tertidur time lecture. Terima kasih sebab hari tu tolong ambilkan kunci yang terjatuh di celah katil dan dinding. Masa tu kita terkesima tak mampu buat apa-apa cuma tunggu Aliah pulang untuk tolong gerakkan katil. Cayalah Aliah, dapat gerakkan katil yang berat tu. Sedikit pesanan. Jangan study sampai lewat sangat nanti tak tahu esok pagi bangun pukul berapa. Kat kafeteria, jangan asyik meluru pergi kedai makan yang satu tu je, belilah daripada kedai-kedai lain juga. Variety is the spice of life, you know. Kalau boleh cari roommate baru, Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun takpe. Nanti dapat pelajar siswa kot. Senior best apa, boleh minta tolong ajarkan apa-apa yang tak faham. Good luck dengan pelajaran. Belajar kat PASUM tough, kita tahu tapi jangan lupa cita-cita nak buat pharmacy dan berusahalah. Insyaallah, kita jumpa raya nanti.

Actually, I am writing up this post in Pulau Pinang. Kami sekeluarga, minus Farhan sebab dia ada ujian, sedang dalam perjalanan ke Kuala Nerang, Kedah. Rasanya sudah selesai isi segala borang (MARA, mengapa borangmu begitu tebal? UniKL, mengapa borangmu mengelirukan?). Beg-beg pun penuh belakang Innova. Rasa macam semua benda perlu bawa sebab lepas ni nak balik rumah ambil keperluan-keperluan lain dah susah. Raya tahun ni pun mungkin tak balik Bangi :( Terus naik bas ke Ipoh.

When I think about how I'll have to start over from scratch again in KMKN, nak mengeluh sebab lebih senang kalau stay dekat PASUM yang dah selesa. But what is life if it's not challenging, right? Bila pergi UK nanti lagi susah jadi perlu membiasakan diri dengan kesusahan mulai sekarang.

Akhir sekali, aku ingin melahirkan rasa syukur atas penerimaan tawaran MARA ini. I've always thought of it as something out of my reach, something that was impossible for me, but Alhamdulillah, walaupun bukan straight A+, keputusan SPM straight A rojak dapat juga merealisasikan angan-angan kosongku yang kini tidak lagi kosong. It's now within my grasp. Alhamdulillah.