Saturday 23 June 2012

Room Sweet Room

This week I moved. Masa nak tinggalkan bilik C832 tu berat sangat sebab bilik tu best juga lah. Menghadap matahari so waktu siang tak perlu pasang lampu. Pemandangan dari balkoni sangat cantik, boleh nampak tasik KK12, walaupun boleh nampak budak lelaki juga. Malam-malam buka pintu balkoni untuk ambil udara malam yang nyaman. But it's ok. Bilik C845 pun best juga. Dapat sebilik dengan sepupu dua pupuku yang sentiasa membuat aku nak tergelak besar dengan caranya dan loghatnya yang agak kePerakan. Haha. The room and roommate might be different but one thing never changes: my side of the room is always the messiest. And that's when I'm making an effort to keep it clean. Biasanya lebih kobang.

A daily routine is starting to form. Wake up at 5.45. Go back to sleep. Wake up at 6.00. Go back to sleep. Cousin wakes me up, "Bibah dah pukul 6.45." Reluctantly go and take wudhu then realise it's getting light out and quickly pray.

Satu malam aku buat soalan latihan vectors yang diberi oleh Dr Zahrah. Sepupu dua pupuku sedang sedap memeluk bantal peluknya. Aku pula menghirup teh, cawan yang kedua. Selesai latihan vectors, tengok-tengok dah pukul 2. Belum solat Isyak lagi! Aku pun memulakan perjalan ke bilik air di hujung bangunan. Setibanya di bilik air aku perasan ada orang tak tutup paip air rapat-rapat. Aku pun tutupkan. Kemudian kusedari semua paip air di situ tak ditutup rapat. Aku pun tutup semuanya. Tapi masih kedengaran bunyi air. Aku naik seram. Dengan lajunya aku mengambil air sembahyang dan berlari balik ke bilik.

Moral of the story: Kalau nak study sampai lewat malam pastikan dah solat Isyak awal-awal.

Friday 15 June 2012

Jadual Semester 1

It's been 3 weeks since I got into PASUM and 2 since lectures began. Next week, we start following the real timetable. I don't know how I'll survive. Kalau jadual sementara yang tak penuh sebab cuma ada lecture pun tersengguk-sengguk dalam auditorium, jadual yang penuh dengan tutorial dan amali juga ni tak tahu lah. Masa nak cari nama untuk tengok kumpulan punyalah ramai orang. Datang petang sikit pun masih lagi ramai berkerumun di papan tanda tu. Lepas push push sampai depan, carilah nama dalam senarai Hayat 1 yang ada 1000 lebih nama sebab ramai budak-budak aliran fizikal tukar aliran masuk hayat. Jenuh mencari dari hujung list, rupa-rupanya nama ada dalam kumpulan pertama, iaitu N1 (hancur harapan untuk dapat F4 :( Kumpulan A hingga berapa entah, tapi termasuk F, untuk budak-budak fizikal. N-W budak hayat. X Y Z alam bina kot).

I think I might like this arrangement because I get a rest in the middle of the week. Jadual Rabu tak pack sangat.


Lepas baca senarai N1 berulang kali, hampa sebab tiada satu nama pun yang kenal. Muaz dalam N3. Sepupu dua pupuku dalam R2. It's ok. This is a chance to make new friends. But I'm nervous. Dengar cerita kumpulan-kumpulan awal ni dipenuhi anak-anak orang kaya, boleh dikatakan golongan elit. Selalunya mereka ni speaking. Entah kenapa bila nak bersembang, rasa pelik kalau bersembang dalam bahasa Inggeris, mesti nak BM juga, dan kalau orang tu nak juga BI diri ini akan tak banyak bercakap. (In England, I was known for being very quiet.) Mak suruh biasakan diri ber-speaking sebab bila kerja nanti kena speaking juga. So I'll do my best.

Jadual PALAM macam mana?

Friday 8 June 2012

Minggu Haluansiswa PASUM 2012/2013

Untuk post kali ni nak tulis dalam BM lah.

Sebenarnya agak terlambat nak tulis post tentang Minggu Haluansiswa, atau MHS, PASUM sekarang tapi takpelah nak cerita juga. Ceritanya bermula pada suatu hari, dah lupa tarikh apa, keluarnya keputusan UPU yang diri ini pergi BSN sendiri beli pin kod unik untuk buat permohonan. Masa mohon tu memang UM diletak di kotak pertama sebab orang kata UM ni susah dapat so kalau tak dapat tak apa, ada pilihan lain di bawah. UIA pilihan kedua sebab teringin nak belajar bahasa Arab. Lepas tu baru UiTM. Tengok-tengok dapat UM. Dekat je dengan rumah.

Boleh dikatakan buat persediaan last minute juga. Laptop dua malam sebelum daftar baru tempah dan akan dihantar dalam masa tiga hari (Masa ayah belikan laptop, earphone dan external hard disk, rasa sayang sangat-sangat. Rasa macam kalau ucapkan terima kasih pun tak cukup. So apa yang dibuat? Diam-diam kuberazam untuk buat yang terbaik di PASUM supaya tak sia-sia duit yang Abi laburkan kepada anak sulung dia ni). Beg pula, malam sebelum daftar baru pack. Jadinya, tidur lambat dan bangun lambat pukul 8.30 pagi. Cepat-cepat mandi. Bila turun bawah nak pakai tudung tengok beg-beg semua dah diangkut dan semua orang dah sedia dalam kereta. Enjin pun dah start. Macam tak sabar je nak suruh orang pergi.

Tiba di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, atau nama pendek KK12, beratur panjang untuk daftar. Orang yang ada kawan nak jadi roommate cuma perlu daftar sama-sama. Yang tak ada kawan kena tunggu dulu. So sebab nak cepat daftar pair je lah dengan budak perempuan sorang ni. Namanya Aida dan mukanya macam ada iras-iras adik Diana. Lepas dapat kunci, letak barang dalam bilik, pergi makan Secret Recipe kat PPUM. Solat Zuhur dekat surau pejabat mak. Sepatutnya pukul 2.30 ada Taklimat Ibu Bapa dan Pelajar dekat Dewan Tunku Canselor (DTC) tapi sebab makan Secret Recipe pukul 4 baru sampai DTC. Time tu, dewan dah penuh. Pada masa tu, keluargaku membuat keputusan untuk meninggalkanku. Bila salam tak menangis pun. Rumah dekat je kan.

UM begitu jam hari Ahad tu. Dengar cerita, sebab sepupu ex-PALAM, process pendaftaran di UiTM sangat sistematik. Setiap pelajar diberi masa tertentu untuk daftar. Anyway, lepas ditinggalkan pukul 4 tu, duduk kat luar dewan cuba dapatkan internet tapi tak dapat. Bersembang dengan mak cik sorang ni sikit. Lepas habis Taklimat Ibu Bapa dan Pelajar, ibu bapa diminta untuk beredar dan bermulalah secara rasmi Minggu Haluansiswa. Yang kelakarnya, sepanjang MHS ketika aktiviti sedang berlangsung ada sahaja pengumuman dibuat oleh PP yang berbunyi "Pelajar bernama ................ sila ke luar dewan. Ibu/Bapa/Kakak/Abang anda hendak berjumpa atas hal penting".

Bagi kebanyakan pelajar, MHS menjadi kenangan manis tetapi bagiku yang tidak ber-geng, MHS dilalui dengan penuh tiada perasaan. Sejak dapat motor, diri ini sentiasa pergi jalan-jalan bersendirian so dah biasa. Tapi tetap ada sedikit iri hati bila tengok budak-budak yang dapat UM sekali dengan best friend (Pada masa tu akan rasa marah sangat dekat kawan-kawan SMK BBB. Kenapa daripada banyak-banyak murid aku seorang je yang masuk UM? Korang tak mohon ke? Bila fikirkan masa hadapan, dah bekerja, takkan kerja pun nak setempat dengan kawan-kawan. Lebih baik terima kenyataan sekarang daripada kemudian so sekarang dah tak marah dah :P). Satu perkara yang kupelajari sepanjang MHS ni adalah cara berlakon friendly. Walaupun lumrahnya diri ini pemalu, bila dalam dewan bersembang je dengan sesiapa yang duduk di sebelah. Dengan cara ini, ramai juga kawan sementara yang diperolehi. Tempoh persahabatan kami cumalah tempoh taklimat, haha.

Kami lebih kurang 1500 orang dikendali oleh 60 orang PP, Pembantu Pelajar, tetapi pada satu masa hanya 30 orang PP yang bertugas - or something like that, tapi yang tahu memang 30 PP je yang selalu ada. Para PP merupakan pelajar PASUM 2011/2012 dan kebanyakan mereka adalah 4 flaters.

Sebenarnya dah tak ingat sangat tentang perisian MHS tapi akan ku cuba.

Hari Isnin adalah hari pendaftaran PASUM.  Alhamdulillah, sebab jalan cepat dapat masuk dalam group yang mendaftar awal. Lepas tu duduk dalam auditorium tunggu budak-budak lain habis daftar. Auditoriumnya cantik gila gila. Kerusi warna pink, sangat selesa, macam kerusi dekat panggung wayang pun ada. Sebab nak kena tunggu lama, PP mainkan movie, Journey 2 The Mysterious Island. Bila PP tutup lampu dah mula rasa mengantuk dah. Plan nak tidur je, tak tengok movie. Tengok-tengok ada Josh Hutcherson berlakon dalam tu so tukar plan. Tengok tapi tanpa disedari terlelap juga. Bila bangun tengok movie tu dah jauh ke hadapan. Budak sebelah pun tanya, "Best tidur?" Masa tu blur baru bangun tidur, "Saya tidur ke tadi?"  Habis dia gelakkan.

Hari-hari kemudian dipenuhi dengan riadah pagi seawal 6.15, berkumpul lebih kurang pukul 8.00 untuk berjalan ke DTC, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit (Kebanyakan perempuan pakai ladies' shoes, ada yang pakai skin sock, ada yang tak pakai stokin langsung. Melecet. Kesian diorang. Nasib baik pakai sports shoes), pulang ke KK12 pada pukul 1 lebih (First day, tunggu lift. Hari kedua, dah bijak naik tangga walau sampai tingkat 8. Kalau naik lift kena tunggu at least 5 minit, itu pun depends on berapa cepat sampai kat lift tu. Kalau naik tangga akan sampai bilik dalam masa 3 minit. Hari ketiga, budak-budak lain pun dah bijak naik tangga juga), berkumpul semula pukul 2.45 untuk aktiviti seterusnya, break untuk solat Asar, riadah petang, solat Maghrib, aktiviti lagi sampai pukul 12 malam baru sampai bilik. Lepas tu nak mandi, kemas barang lagi, pukul 2 lebih juga baru tidur.

Hari Rabu perlu ambil English Placement Test yang akan menentukan pembahagian kelas tutorial nanti. Ada 63 soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. Keluar dewan, budak-budak lain semua complain susah. Diri ini pula rasa biasa je sebab soalan-soalannya lebih kurang serupa dengan soalan objektif EST.

Hari Rabu juga keluar keputusan MARA. Parents check-kan, tak dapat. Terkilan. Rasa macam nak menangis sebab dah tolak biasiswa Jepun tu. Allah dah bagi rezeki tapi tamak pergi tolak. Lepas tu ayah telepon pihak YPM tanya kalau ada lagi tempat untuk program Jepun tu. Dia kata dia ada 40 kekosongan dan memang dia alu-alukan kedatangan walaupun masa dia offer hari tu tolak. Cuma kena daftar hari Isnin seterusnya. Lepas buat solat istikharah, kuputuskan untuk teruskan di PASUM.

Sebenarnya, salah satu sebab tak sedap hati sangat tolak biasiswa Jepun tu sebab betul-betul bertentangan dengan KK12 adalah Ambang Asuhan Jepun, tempat pelajar-pelajar yang mendapat tajaan JPA untuk buat engineering di Jepun belajar. Mula-mula memang tak boleh pandang bangunan tu. Bila lalu je pandang bawah. Bangunan tu menjadi reminder kepada peluang yang dilepaskan. Tapi, alhamdulillah, lepas istikharah hati dah tenang. Sekarang boleh jalan masuk bangunan tu lagi. Siap berselisih dengan lecturer Jepun. Tak tahu nak cakap apa (greet in English, Malay or Japanese??!) so senyum je.

Hari Khamis, alhamdulillah, hujan lebat pada waktu malam. Aktiviti dibatalkan. Lepas tu dengar cerita sebab lecturer marah, PP batalkan pembatalan aktiviti dan kami 1000 lebih pelajar berhimpit dalam Dewan Gemilang, dewan KK12, dan main beberapa permainan dan kami tidak boleh buat bising sebab pelajar siswa sedang menghadapi minggu peperiksaan. Kalau nak ketawa, PP suruh cakap "Ha" sekali sahaja. Kalau nak jawab soalan "Boleh ke tak?" atau "Faham atau tidak?", PP tidak mahu ada langau "bolehhhhhhhhh" atau "taaaaaakkkkkk" tetapi cuma sebut "ya" atau "tak". Best juga malam Khamis tu.

Malam Jumaat adalah malam persembahan. Pada hari Isnin, lebih kurang 100 orang pelajar dipilih untuk mengadakan persembahan. Sepanjang MHS, mereka tidak perlu menyertai aktiviti tetapi cuma menghadiri rehearsal. Pelbagai jenis persembahan ada. Ada nasyid, choir, dikir barat, tarian moden, tarian kontemporari dan sketsa. Sebenarnya, PP ada tanya kalau sesiapa nak volunteer untuk masuk dalam persembahan. Masa tu teringin juga nak masuk choir tapi tak ter-volunteer, haha, takpe lah. Semasa persembahan tu, kami semua dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan (lepas habis raja kita selamat bertakhta~ asyik expect lagu negeri Selangor akan dimainkan macam dekat sekolah dulu), lagu UM (yang tak berapa best sebab lagu lama) dan lagu kolej (rentaknya sangat susah untuk dihafal). Selepas itu, kami semua menari lagu tema MHS 2012/2013, iaitu Bunkface Through My Window. Best menari walaupun agak terkial-kial sebab tak berapa hafal step. Lagi satu tarian yang dipelajari di sana adalah tarian Xi Shua Shua.

Kemudian adalah sesi membuli PP disiplin. Sepanjang MHS budak-budak lelaki teruk dimarahi PP disiplin. Ratio pelajar perempuan kepada pelajar lelaki adalah 3:1 tetapi lelaki berjalan lebih lambat daripada perempuan. Mana tak kena marahnya. Lagi satu, sepanjang MHS apabila ada aktiviti di mana PP-PP lain menari di atas pentas untuk ajarkan tarian kepada pelajar semua, PP-PP disiplin cuma berdiri kaku memperhatikan. So pada malam itu, PP-PP disiplin disuruh untuk membuat barisan paling hadapan di atas pentas dan menarikan tarian Mambo No. 5. Best gila. Ada sorang PP tu garang sangat-sangat tapi bila menari, badannya keras dan dia kelihatan sungguh comel.

Malam Jumaat tu pukul 12 ada ibu bapa datang bawa anak dia pulang ke rumah. PASUM ni dengarnya, program asasi yang paling bebas. Habis kelas tiap-tiap hari pergi Midvalley, boleh. Yang duduk dekat nak balik rumah tiap-tiap hari pun boleh. (Sebenarnya minggu ni tidur dekat bilik sana cuma 2 malam. Selebihnya tidur di rumah. Rasa bersalah juga kepada roommate (dah tukar roommate. Sekarang ni bekas MRSM Taiping bernama Ayin) sebab asyik tinggalkan dia sorang-sorang. Nasib baik, kakak dia pun duduk dekat KK12 juga dan dia selalu tidur dengan kakak dia.) Sebab tak mahu menyusahkan parents, minta diorang ambil pagi Sabtu je. Lepas solat Subuh hari Sabtu, terus ibu bapaku bergerak ke PASUM. Masa tu belum bangun tidur pun lagi =_='

Tak tahulah kalau ini boleh dikira homesick tetapi sepanjang minggu MHS, bila fikir tentang parents rasa macam nak menangis. Bukan sebab rindu tapi sebab fikirkan segala jasa mereka yang membuatkan diriku sampai ke peringkat pre-u ini. Mereka pun tidak menyuruh untuk belajar itu atau ini sebaliknya membiarkanku untuk buat pilihan sendiri (Umi memang tak bias langsung tapi Abi ni complicated sikit. Dia kata dia suka kalau aku buat medic sebab dulu dia belajar medic tapi gagal biologi so tukar aliran. Tapi dia juga kata jadi doktor tu kerja susah dan bidang terhad, maksudnya dia belajar x, x sahajalah yang dia boleh jadi manakala kejuruteraan bidangnya luas). Sepanjang MHS kutahan air mata. Malam persembahan, kumpulan nasyid menyanyikan lagu "Ibuku", mengalir juga. Nasib baik dewan gelap. Takde siapa perasan. Pagi Sabtu tu buat muka biasa-biasa je masa parents jemput.

Di rumah baru dapat buka komputer. Selepas seminggu menghadap skrin handphone sahaja, skrin komputer di rumah terasa sungguh besar. Tengok-tengok Arashi ada keluarkan music video baru. Rindu sangat kepada mereka. Literally, masa tengok tu macam ni:


Habis minggu ni genaplah 2 minggu kuberada di PASUM dan seminggu sejak kuliah bermula. Tak nak panjangkan lagi post ni so tentang kuliah tu nanti-nanti lah cerita.